Searching...
Friday, October 17, 2014
9:04 AM 0

SIAPAKAH PEREKA KLCC??



Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur. Menara ini pernah menjadi banggunan tertinggi sebelum diatasi oleh oleh Menara Taipei yang terletak di China.
Menara ini direka oleh jurubina Cesar Pelli yang merupakan jurubina dari Argentina dan menara ini telah siap dibina pada tahun 1998 setelah memakan masa selama tujuh tahun untuk menyiapkannya. Pada asalnya, menara ini dibina di atas tapak Lumba Kuda Kuala Lumpur. Kedalaman batuan dasar menjadikan banggunan ini mempunyai tapak yang paling dalam di dunia.


Menara ini diperbuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka khas bagi menyamai motif kesenian islam Malaysia. Terdapat sebuah jambatan yang dikenali sebagai “Jambatan Angkasa” bagi menghubungkan kedua-dua menara ini di tingkat 41 dan 42. Jambatan ini merupakan jambatan kedua tertinggi di dunia iaitu pada ketinggian 170 meter dari paras tanah dan panjangnya 58 meter, manakala beratnya 750 tan.

Banggunan tersebut juga mempunyai sebuah taman iaitu taman KLCC seluas 17 ekar yang menyediakan tempat untuk orang ramai beridah manakala di tengah-tengah tapak bangunan ini telah dibina sebuah kompleks beli-belah yang termuka dan menyediakan perkhidmatan 5 bintang iaitu Suria KLCC.

0 comments:

Post a Comment