Searching...
Saturday, October 18, 2014
9:26 PM 0

Ketahuilah Yang Pertama Dalam Islam !!!!!!!



1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
Friday, October 17, 2014
4:56 PM 0

PENAJA BARU LIVERPOOL!!!!!!!!!!


Mulai musim 2015/2016, Warrior Football iaitu penaja jersi Liverpool ketika ini akan melakukan penjenamaan semula dan akan mengubah nama mereka kepada New Balance. Jadi selepas ini lambang New Balance seperti tertera di gambar akan berada di jersi Liverpool FC mulai musim hadapan.

Tujuan utama mereka melakukan penjenamaan semula ini ialah bagi menembusi pasaran di Asia memandangkan banyak kedai New Balance dibuka di Asia.
Warrior merupakan anak syarikat kepada New Balance jadi penaja Liverpool tetap sama cuma namanya sahaja yang berubah. Sama juga seperti Warrior, Liverpool FC akan menerima £25juta setiap tahun hasil daripada perjanjian ini.
YNWA
4:51 PM 0

Selepas GWIYOMI, jangan tiru aksi ini....




setelah GWIYOMI dikuasi oleh remaja-remaja atau kanak-kanak dan semakin lama semakin nampak membosankan, sekarang ada lagi video baru yang seakan GWIYOMI. Admin kurang arif dan kurang faham tentang tajuk dan lirik yang disampaikan. Mungkin ada kaitan tentang haiwan... MUNGKIN...!!!... 



SO lepas ni nak tengok video ni mendapat sambutan atau tidak. Admin pasti dalam beberapa minggu lagi kaum-kaum wanita khususnya yang comei-comei akan ada meniru aksi ini.....boleh lah buat sepa yang ada bakat dalam bunyi binatang ni..... jangan lupa buat video and then upload...
9:04 AM 0

SIAPAKAH PEREKA KLCC??



Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur. Menara ini pernah menjadi banggunan tertinggi sebelum diatasi oleh oleh Menara Taipei yang terletak di China.
Menara ini direka oleh jurubina Cesar Pelli yang merupakan jurubina dari Argentina dan menara ini telah siap dibina pada tahun 1998 setelah memakan masa selama tujuh tahun untuk menyiapkannya. Pada asalnya, menara ini dibina di atas tapak Lumba Kuda Kuala Lumpur. Kedalaman batuan dasar menjadikan banggunan ini mempunyai tapak yang paling dalam di dunia.


Menara ini diperbuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka khas bagi menyamai motif kesenian islam Malaysia. Terdapat sebuah jambatan yang dikenali sebagai “Jambatan Angkasa” bagi menghubungkan kedua-dua menara ini di tingkat 41 dan 42. Jambatan ini merupakan jambatan kedua tertinggi di dunia iaitu pada ketinggian 170 meter dari paras tanah dan panjangnya 58 meter, manakala beratnya 750 tan.

Banggunan tersebut juga mempunyai sebuah taman iaitu taman KLCC seluas 17 ekar yang menyediakan tempat untuk orang ramai beridah manakala di tengah-tengah tapak bangunan ini telah dibina sebuah kompleks beli-belah yang termuka dan menyediakan perkhidmatan 5 bintang iaitu Suria KLCC.